Sunday, August 11, 2013

Sang Paderi dan Si Kafir

Kicauan burung berkumandang
Cahaya mentari mula menyinar
Sang Paderi kuat berperang
Melutut atas jalan yang benar

Si Kafir hilang di malam hari
Kisah sedih kebanggaan Dante
Lubang yang gelap mula digali
Menutup muka penawar hati

Satu demi satu
Tanah berganti tanah
Batu demi batu
Hitam berganti merah

Kegelapan hidup atas keterangan
Kelibat keringat bila teringat
Sejarah Constantinople jadi pegangan
Masakan hilang sesudah disengat

Liang taubat semakin dalam
Irama lagu latar belakang
Berhenti tidak memberi salam
Alih kerusi di bawah gerbang

Jasad busuk tidak diendah
Dikebumi dalam karma pilihannya
Yang terbaik dan terindah
Terima kasih atas segalanya

Thursday, August 16, 2012

Kasut Tumit Tinggi

Sepasang kasut bertumit tinggi
Menemani ke mana sahaja kau pergi
Dari sangkar emas ke rumah syaitan
Melindung dari penyakit dan kebahayaan

Kau dibimbing dan diberi keyakinan
Dan juga keselesaan
Hatiku gembira tidak terperi
Kerana ku tahu tanpaku hidup ini tidak mampu kau jalani

Sungguh ku gembira bila bersama
Kita harungi basah dan panas berdua
Ku harap kau tahu ku sanggup lalui segala halangan
Kalau akhirnya jodoh kita dalam genggaman

Luka lama masih terasa
Janji padamu janji kota
Luka yang kau terima ku sambut dengan tabah
Hingga suatu hari kau buat hatiku rebah

Jiwa lusuh ditelan hari
Impian kayangan memakan diri
Tidak ku sedar tujuan ku melindungi
Hanya untuk diperguna dan disakiti

Seperti pelangi petang yang kan menghilang
Menjelma malam bersama bintang
Begitu mudah sepasang sepatu diganti
Untuk hanya kepentingan kau sendiri

Wednesday, July 7, 2010

I Love You

Hello, how are you?
I hope everything is okay over there
I just need to say something
And I hope it's not too late

I wish I could repay all the things you gave me
All the things you did
All these years
For my sake

I'm sorry that I ever make you sad
Or god forbid, cry
I never meant to hurt you
I was just, ungrateful

I would do anything just to make you happy
To make you proud
But I know deep down in my heart
That everything I do still won't be enough

I can't change the fate that infatuated us
You deserve better
I'm not the person you should ended up with
But I wouldn't change it for the world

Thanks for being you
The most wonderful being that I've known
The kindest and prettiest as you are
Thanks

I love you, mom

Monday, July 5, 2010

Manis Garam

Seperti rangkaian algebra
Masa yang mengiringiku
Teman sehidup bersama
Bersama mahupun matiku

Jangan kau pergi pasangan hidupku
Menemaniku sejak debaran pertama
Jangan kau bosan pasangan hidupku
Ku perlukan kau setiap masa

Teman yang ku anggap teman
Kini lama meninggalkan ku
Menikmati kehidupan di taman-taman
Kini bersama teman yang baru

Kekasih lama ku masih hinggap di jendela
Menangguk air menunggu mati
Bermimpikan indah pulang ke syurga
Bertemankan diri bersama bidadari

Kemana ku selepas ini
Telah berbukit garam ku guna
Kemasinan hidup dan mimpi ngeri
Seperti purdah yang menyelimuti muka

Sudah cukup aku berjuang
Seluruh anggota telah luka
Ku ingin sama pulang
Merasa gula dan bukan duka

Wahai kekasihku
Sudah ku pateri kau di hatiku
Jangan kau risau
Akan ku sayangi kau sehingga akhir hayatku

Wahai kekasihku
Jangan kau bosan menemani
Ku perlukan sekejap detikmu
Sebelum ku terhempas ke jurang api

Sunday, December 13, 2009

Puisi org dalam buangan

Hidup aku satu cerita
hidup aku satu berita
hidup pasti kalian tanpa aku
hidupkah ini ? aku sendiri...

aku kecewa kalian tiada
aku sedeh aku pergi berjauhan
aku kini kembali kembara sendiri
aku pergi tapi hati mahu kembali

dalam gelap ku lihat kalian
dalam kepala ku susun perkara
dalam minda kuat berbunyi
dalam mimpi penoh pancaroba
dalam nyata aku kelu aku bicara


perjalanan pulang aku lewati
perjalanan pergi rela tempuhi
perjalanan pulang berat aku restui
perjalanan pergi biar aku gagahi ..

org dalam buangan..duh

Thursday, December 10, 2009

Berdikir Barat.

Berdikir barat lah anda
walau di mana jua anda berada
barat selatan timur dan utara
hilir hulu naik dan jatuh.

Berdikir barat lah anda
walau lirik tiada di ingatan
bukan sempurna yang kita cari
hiburan dan santai lebih utama.

Berdikir barat lah anda
walau anda di tendang keluar
bukan musuh yang kita cari
pengukir senyuman kerjaya mulia.

Berdikir barat lah anda
walau Raya tidak memahami
bukan faham yang dia mahu
cinta sejati jejaka melayu.

Berdikir barat lah anda
walau malu kepada kuali asia
bukan metallica yang mereka mahu
budaya timur bangsa langkasuka.



Zamjeng.

Wednesday, December 2, 2009

Kasih Patani

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Dan darah bapaku
Dan maruah ibuku
Bunyian gong dipalu
Berorkestrakan tarian peluru
Dikir yang diazankan algojo
Lagu kebangsaan yang ku cintai
Tidak sanggup ku tempuhi lagi
Lari
Tidak ku pandang ke belakang
Pantas
Tanpa menghiraukan sekeliling
Hiba
Sehingga tangisku luput dimakan masa
Sehingga aku menyusukan kasih kafein
Apatah teman sendiri lagi berkira
Mahu!
Aku hendak lagi
Nusantara gigilan jejak kakiku
Di bawah payung kuning makhluk asing
Nikmat takhlisan
101 jam bersama mu
Kau restui roh hina
Apakah maksud di sebalik?
Hebat
Bukan aku
Kasih kafein
Apakah istimewanya aku?
Gentar
Dari jauh ku dengar
Paluan gong didendangkan lagi
Kini bukan askar algojo
Tetapi dari pejuang
Prebet yang sanggup berjuang
Tersenyum
Membunuh hiba yang tak lapuk dek zaman