Sunday, December 13, 2009

Puisi org dalam buangan

Hidup aku satu cerita
hidup aku satu berita
hidup pasti kalian tanpa aku
hidupkah ini ? aku sendiri...

aku kecewa kalian tiada
aku sedeh aku pergi berjauhan
aku kini kembali kembara sendiri
aku pergi tapi hati mahu kembali

dalam gelap ku lihat kalian
dalam kepala ku susun perkara
dalam minda kuat berbunyi
dalam mimpi penoh pancaroba
dalam nyata aku kelu aku bicara


perjalanan pulang aku lewati
perjalanan pergi rela tempuhi
perjalanan pulang berat aku restui
perjalanan pergi biar aku gagahi ..

org dalam buangan..duh

Thursday, December 10, 2009

Berdikir Barat.

Berdikir barat lah anda
walau di mana jua anda berada
barat selatan timur dan utara
hilir hulu naik dan jatuh.

Berdikir barat lah anda
walau lirik tiada di ingatan
bukan sempurna yang kita cari
hiburan dan santai lebih utama.

Berdikir barat lah anda
walau anda di tendang keluar
bukan musuh yang kita cari
pengukir senyuman kerjaya mulia.

Berdikir barat lah anda
walau Raya tidak memahami
bukan faham yang dia mahu
cinta sejati jejaka melayu.

Berdikir barat lah anda
walau malu kepada kuali asia
bukan metallica yang mereka mahu
budaya timur bangsa langkasuka.



Zamjeng.

Wednesday, December 2, 2009

Kasih Patani

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Dan darah bapaku
Dan maruah ibuku
Bunyian gong dipalu
Berorkestrakan tarian peluru
Dikir yang diazankan algojo
Lagu kebangsaan yang ku cintai
Tidak sanggup ku tempuhi lagi
Lari
Tidak ku pandang ke belakang
Pantas
Tanpa menghiraukan sekeliling
Hiba
Sehingga tangisku luput dimakan masa
Sehingga aku menyusukan kasih kafein
Apatah teman sendiri lagi berkira
Mahu!
Aku hendak lagi
Nusantara gigilan jejak kakiku
Di bawah payung kuning makhluk asing
Nikmat takhlisan
101 jam bersama mu
Kau restui roh hina
Apakah maksud di sebalik?
Hebat
Bukan aku
Kasih kafein
Apakah istimewanya aku?
Gentar
Dari jauh ku dengar
Paluan gong didendangkan lagi
Kini bukan askar algojo
Tetapi dari pejuang
Prebet yang sanggup berjuang
Tersenyum
Membunuh hiba yang tak lapuk dek zaman

Saturday, November 21, 2009

Realiti yang tiada.

Tembok-tembok tinggi teguh berdiri
terbina teguh dari bata bahagia
hasil dari lebihan galak gembiramu
terus menghalang aku menuju bahagia.

Masakan bisa aku panjat penghadang itu
aku penat berenang dalam tangisan
rindu ini tetap memijak kepalaku
agar terus lemas dalam lautan duka.

Telah ku tanya apa harap dan impimu
kita berdua tidak bertemu jawabmu
jika ku tanya apakah sesal hidupmu
kita dua bertemu jawabmu.

Mungkin aku hanya setitik susu
Setitik susu yang tumpah di lautan nila
hanya satu kisah indah dalam diarimu
telah kau bakar setelah jumpa bahagia.

Aku kira air mata ku yang berguguran
adalah dakwat merah di dalam pena
menulis melodi dan irama indah si dia
yang terus berkumandang di arkib hatimu

Aku mahu terus tidur dalam luka ini
terus memohon agar dapat bermimpi
perlukah aku bersyukur dengan mimpi itu
walaupun ia nyata realiti yang tiada.

Zamjeng.

Friday, November 20, 2009

Gadis Berbaju Biru



Foto usang milik Mori
Akan tetap menjadi tatu di hatiku
Dalam darahku mengalir nafasmu
Zarah-zarahku masih berbau senyummu

Lambaian tanganmu penuh gemilang
Ikatan rapi urat hitammu
Nadi alunan musik gandaran angin
Akan seperti emas baru disepuh

Cemburu aku akan teman rapatmu
Khalma dan Serena sentiasa menemanimu
Sahaja aku bersama si handai
Pinjam dan pulang pusaka ternilai

Jangan kau tipu diriku lagi
Masa bukan ibarat emas
Diri yang penuh impian
Suntuk dibelenggu harapan, seksaan kuno

Pusaka kurniaan kau sering menghantui
Aku sudah tidak berkemampuan
Cukuplah setakat ini
Menjinjing beban emas antik

Rela aku maju
Aku sudah tidak berkemampuan
Dadah yang cuba aku henti
Akhirnya kini memakan diri

Tuesday, November 17, 2009

Janji Temu Terakhir


Sunyinya malam ini
Diadun suasana ngeri
Tiada siapa di sini
Cuma aku seorang diri

Sejuknya pagi ini
Salji turun mengotori bumi
Gigilku masih tidak berhenti
Tetapi bukan angkara salji

Panasnya hari ini
Cemburu aku melihat mereka
Hidup riang seperti merpati
Gigilku masih belum berhenti

Masa bertemu hampir sudah
Hati gentar otakku bercelaru
Yang ku idam bukan air ludah
Hanya sedikit pintal senyummu

Masa bertemu habis sudah
Peluang terakhir telah ku siakan
Aku hanya boleh berkhayal
Mendapat sedikit pintal senyummu

Monday, November 16, 2009

Siapa bunuh Pesot.

Mengapa kau menghempas lampu kaca itu
jika kau tahu ianya amat rapuh
adakah ia terlepas dari genggam jari mu
adakah kau benci akan sinar terangnya.

Tidak mahu?
matikan saja suiz di dinding
putuskan saja wayar di balik sembunyi
mungkin kau gembira melihat kilauan kaca.

Sinaran kaca itu ku akui indah
tapi kita semua sudah tertipu
ia bukan indah permata biru
terguris memakan diri tusukan ciptaan mu.

Tidak perlu kau hantar bicara kosong
aturlah sedikit klosa kata dibibirmu
mengaku saja tuju dan niat asalmu
jika kau mahu dia terus peduli.

Silap hari dia akan mati membawa diri
sudah pasti bukan aku yang membunuhnya
jika bukan kau yang membunuhnya
siapakah yang bunuh Pesot.

Zamjeng.

Puisi untuk sahabat.

Ku lihat dunia yang terbentang luas
sayup mata tiada hujung pandangan
resah dan keliru menjamu hatiku
dongengan dunia berpusing diribaku
bohongan yang tidak kau terima lagi.

Kau mesti mahu pergi
menggali isi kandungan bumi ini
melayar laut biru timur dan barat
tidak mahu ku patahkan sayapmu
jika pun ku mahu pasti tiada daya.

Aku hanya takut hilang seri indahmu
indah menyinar mampu menawar duka
mampukah kau hidup tanpa hangat hatimu
adakah ku kan beku menahan kesejukan ini
Qada dan Qadar pasti terjadi.

Dalam berat aku redha
jika paruh mu tercalar ku kan gilap kembali
jika suara mu tersumbang ku kata kau ada selsema
cerita buruk mu akan ku karang panjang
menjadi nyanyian indah si pujangga pada sang puteri.

Gantunglah dunia dihujung jarimu
tongkatlah langit dengan tanganmu
payunglah bumi dengan lindunganmu
agar mereka dapat sama merasa
nikmat yang ku kecapi bersamamu.

Pergilah berlari mencari gemilang
jika kau jatuh dan terluka
janganlah kau lupa di sini ada insan
insan yang pernah merawat lukamu
dan akan terus menawar lukamu dengan darahnya.

Zamjeng.

Sunday, November 8, 2009

Perasaan Misteri.

Sukar untuk aku mendefinisi
kalau lah ia adalah makanan
sudah tentu ia dipanggil hempedu
kalau lah ia minuman
sudah tentu ia adalah cuka menghakis.

Sepanjang malam kulihat ketakutan
melihat harapan dan mimpi indah
akan hilang umpama debuan jalanan
sebelah mata tertutup sudah kukira lena
bertanya bilakah akan muncul siang.

Apabila muncul siang
ku jemput kembali malam yang hitam
kerana tidak sanggup melihati cahaya
terang umpama senyuman wajahmu
tikaman yang tajam di hati yang berdarah

Dibawa arus masa rasa itu hilang
aku mampu tersenyum ke pipi
aku mampu tidur lena
aku mampu menikmati kehangatan angin
aku mampu menghidu wangian bungaan.

Setelah itu aku sering bertanya
di mana pergi kegelapan itu
mungkin kah kerana merindui
perasaan misteri yang lama melekat dijiwaku
satu masa dahulu adalah teman tidurku.

Adakah kerana bosan dengan gembira
perlukah aku mengundang lagi
kembali bersatu dengan perasaan misteri
aku tahu aku tidak mahu
tetapi kerana rindu sangguhkah ku menderita kembali?

Zamjeng.

Saturday, October 31, 2009

Gembira.

kulihat pengemis jalanan
menadah tangan dalam terik sinar
akhirnya jatuh sedikit syiling
untuk santapan hari itu
gembiranya dia tiada jangka.

kulihat jejaka itu
teguh memegang tetikus
setia menanti satu sapaan kasih
akhirnya muncul sembah salam
gembiranya dia tiada terperi.

kulihat pasangan itu
si gadis keluar dari bilik hina
si lelaki sabar menunggu
apakah keputusan kencingan itu
gembiranya mereka mengalir air mata

kulihat si kaya itu
minum air di gelas emas
dia mengeluh meminta gula
ucapan sinis tidak terhenti
gembiranya dia sekadar sahaja.

kulihat si ibu itu
melihat anak tidur yang lena
berkerja jaga menongkat mata
dapat membunuh nyamuk durjana
gembiranya dia tiada terkata.

kulihat si tua itu
membaca berita perang dunia
melihat tumpah darah yahudi
nyawa hilang bagai bangkai
gembiranya dia senyum kepipi.

kulihat kanak-kanak itu
berlari-lari dalam hujan
melompat-lompat mengegar suasana
lahir dengki di dalam hatiku
gembiranya mereka tanpa bermodal.

semua orang mampu bergembira
banyak bersyukur apa yang ada
banyak bersabar apa yang tiada
gembira sesiapa sama rasanya
cumanya di mana ku mencari kurnia.

Zamjeng.

Saturday, October 24, 2009

Ku ingin sebuah puisi.

Sudah haus tanganku
Melayan pena kosong
Pena kosong yang menari-nari
Ligat bagai pari-pari di pondok salsa

Walau dakwat tidak setitik
Tumpah dihelaian putih bergaris lintang
Titipan kosong muncul tiba
Mustahil dibaca siapa-siapa

Sudah segudang tembakau ku bakar
Hingga kabus melangkari ribut
Aroma raihan mengundang lesu
Titisan darah muncul di mata

Mananya timbul utusan berita
yang tiba hanyalah lamunan
Menipu mendongeng otakku yang kosong
Bahawa masih ada ilham dan bicara

Bukan gemilang kuhajati
Bukan permata kuimpi
Bukan karya agung yang ku peduli
Aku hanya mahu sebuah puisi

Sebuah puisi umpama lampu kaca
Agar dapat kau lihat ianya bukti
Bukti suci cintaku padamu
Ya, Bukti suci cintaku padamu

Pinjam lah saja mindaku
Pakai lah saja mataku
Mandikan lah saja tubuhku
tidurlah saja di atas bantalku

Oh alangkan indah dunia ini
Bila dirimu menjadi diriku
Barulah kau mengerti
Apa yang kulihat kufikir dan kurasa

Dan tidak perlu untukku
Menyeksa diri lagi
Untuk membuat sebuah puisi
Kerana kau telah tahu.

Zamjeng.

Friday, October 23, 2009

Ayam Jantan

Hairan ku buntu
Ke mana hilangnya ayam
Binatang yang ku asuh
Lambang kebanggaan yang ku sayang

Ku cari dan ku cari
Digelak disinis teman-temanku
Namun tak ku temui
Malukah kau aku sebagai tuanmu?

Hujan yang murung
Membasahi pipi
Mengapa kau sentiasa menghilang
Saat diri terasa sepi

Argh!

Bila kau ku temui
Tiada gunanya lagi
Setelah berulang-kali ku lalui
Jiwaku jatuh selemah Vanadium bateri

Susuh yang ku isi dgn berlian
Ditutup kejap ikatan mati
Telah ku campak ke lautan 9
Mana mungkin ku temui lagi

Sunday, October 4, 2009

Bintang

Aku pernah bercita-cita
Untuk menjadi angkasawan
Untuk melihatmu lebih dekat
Untuk bersamamu

Tetapi apakan dayaku
Hanya layak memijak bumi
Melihat cahayamu bergelipan
Bersama teman-temanmu

Umpama lalang yang tumbuh meninggi
Membezakan diri dari yang lain
Ku ingin kau sedar kewujudanku
Namun di matamu aku hanya segenggam rumput

Ku nantikan saat
Kau jatuh ke bumi
Melihat kekosongan duniaku
Tanpa mu di sisiku

Oh bintang
Puisi hina ku cipta untukmu
Membuka sebak tangisan hati
Maruahku jatuh dijenakakan

Akan ku hargai setiap malam
Setiap detik menatapmu
Sehingga kau hilang di mataku
Sehingga terbit matahari

Friday, September 18, 2009

Maafkan Aku Insan Mulia

Sekali setahun
Lahir tanpa disambut
Seorang insan yang mulia
Seorang insan yang bernama Ramadan

Siangmu dipenuhi kasturi
Malangnya bercampur air kencing
Malammu penuh cahaya
Malangnya bukan cahaya keimanan

Kenapa?
Kerana Tuhan
Atau kerana kawan
Janganlah engkau berpura-pura

Gelisah
Dimaki dicaci
Kau masih disini
Kau adalah suatu lecehan

Datang merangkak Syawal
Diiringi bersama ombak berapi
Apakah engkau merasa amat gembira
Jika dapat menunaikan fardhu nafsumu semula

Janganlah kau bersedih
Manusia sememangnya begini
Pemergianmu takkan dikenang
Kedatanganmu tidak diundang

Janganlah kau kecewa
Temujanji kita seterusnya
Aku akan berubah
Tipu aku kepadamu

Thursday, September 10, 2009

Selamat Tinggal Piala Dunia.

Perkataan yang jarang tapi selalu ku sebut,
salahkah aku terlalu lantang meghakim,
mungkin kerana butang kepanikan yang sia-sia,
tanyalah sendiri kepada insan yang bergelar tuhan itu.

Sudah kubayangkan seri 2010 umpama tiada,
tidak dapat kuberkata jika tiada bintangnya,
hanya ilusi manakan dapat ku jual bualnya,
tanyalah sendiri kepada insan yang bergelar tuhan itu.

Sebutkan saja mana hala tujumu,
aku yang buta ini pun tidak tahu mana mahumu,
jika menang kau mahu kita cari kalah,
jika kalah kau mahu kita cari menang,
tanyalah sendiri kepada insan yang bergelar tuhan itu.

Bagaimana ku mahu percaya jika tipu kau beri,
bagaimana ku mahu suka jika duka kau beri,
bagaimana ku mahu cerah jika gelap kau beri,
bagaimana ku mahu roman jika veron kau beri,
tanyalah sendiri kepada insan yang bergelar tuhan itu.

Aku akan terus berharap,
dalam adatnya kau kan kembali,
bukan sekadar menang mahu ku tagih,
cuma sejalur maruah yang makin luruh,
tanyalah sendiri kepada insan yang bergelar tuhan itu.

Mana kau pergi aku disisi,
jauh kau pergi dekat ku datang,
jangan kau persoal dimana hatiku,
darah yang mengalir ini bukan berwarna merah,
dalam arteri ku berwarna biru,
dalam vena ku berwarna putih.

Zamjeng.

Sunday, September 6, 2009

Biru Jalur Putih.

Kau kalah lagi,
membuang tenaga menyerak suara,
kata-kata keji mengurus puasa,
bagai anjing mengejar lebah,
sakit disengat membalas tiada.

Kau kalah lagi,
berlari tanpa arah tuju,
kedepan tidak kebelakang tidak,
kekiri mustahil kekanan mustahil,
bagai Liverpool tanpa Alonso.

Kau kalah lagi,
Di mana salahmu,
adakah keranamu 11 perajurit,
adakah salah insan bergelar Tuhan.
Jangan disalahkan padang yang rata.

Kau kalah lagi,
marah atau simpati,
benci atau sayang,
kau ganggu minggu indahku,
ahh mahu saja kuletup tetikus kecilku.

Keringatmu Roman kami rindui,
kembalilah menjadi penyelamat bangsa,
agar menjadi kegerunan sejagat,
hapuskan egomu hilangkan malumu,
demi warna yang kita cintai,
biru jalur putih.


Zamjeng.

Thursday, September 3, 2009

Hodohnya Engkau

Hodohnya engkau

Serajin semut kecil
Alam sunyi yang membelenggu
Sudahkah engkau lupa
Akan tujuan hidupmu

Hodohnya engkau

Wahai manusia
Bersahabat dengan lembu
Adakah kalian bangga
Tinggi manakah darjatmu

Hodohnya engkau

Sang petani menanam padi
Tanah langit tidaknya luas
Intan emas kuasa dimiliki
Adakah engkau merasa puas

Hodohnya engkau

Aku yang kini sendiri
Gua tempat aku berdiri
Tak mungkin ku hampiri lagi
Kota-kota engkau yang darah berduri

Hodohnya engkau

Mencapai sesuatu yang disebalik
Sedangkan engkau sendiri terbalik
Hodohnya engkau
Hodohnya aku

Monday, August 31, 2009

Botol Kosong

Langit yang biru menguasai
Masih tinggi berarak
Hujan panas belum bermula
Ribut laut belum berakhir

Bermanja dengan kejahatan
Aku yang degil
Merenangi laut hitam
Putihnya selimut telah ku hembusi

Inginku pinjam jiwamu
Menumpulkan nafsuku
Wangian yang tidak berbau
Walau tiada terus ku buru

Aku mahu jadi semua itu
Seperti hijau dan biru
Semua pon tahu
Takkan bersatu

Inginku pinjam jiwamu
Menumpulkan nafsuku
Wangian yang tidak berbau
Walau tiada terus akan ku buru

Berakhirnya kisah seorang musafir
Berlari kehausan mengejar bayang
Aku yang masih degil bermimpi
Semua pon tahu takkan bersatu

Aku mahu jadi toyboymu
Aku mahu jadi toyboymu
Aku mahu jadi toyboymu