Sunday, December 13, 2009

Puisi org dalam buangan

Hidup aku satu cerita
hidup aku satu berita
hidup pasti kalian tanpa aku
hidupkah ini ? aku sendiri...

aku kecewa kalian tiada
aku sedeh aku pergi berjauhan
aku kini kembali kembara sendiri
aku pergi tapi hati mahu kembali

dalam gelap ku lihat kalian
dalam kepala ku susun perkara
dalam minda kuat berbunyi
dalam mimpi penoh pancaroba
dalam nyata aku kelu aku bicara


perjalanan pulang aku lewati
perjalanan pergi rela tempuhi
perjalanan pulang berat aku restui
perjalanan pergi biar aku gagahi ..

org dalam buangan..duh

Thursday, December 10, 2009

Berdikir Barat.

Berdikir barat lah anda
walau di mana jua anda berada
barat selatan timur dan utara
hilir hulu naik dan jatuh.

Berdikir barat lah anda
walau lirik tiada di ingatan
bukan sempurna yang kita cari
hiburan dan santai lebih utama.

Berdikir barat lah anda
walau anda di tendang keluar
bukan musuh yang kita cari
pengukir senyuman kerjaya mulia.

Berdikir barat lah anda
walau Raya tidak memahami
bukan faham yang dia mahu
cinta sejati jejaka melayu.

Berdikir barat lah anda
walau malu kepada kuali asia
bukan metallica yang mereka mahu
budaya timur bangsa langkasuka.



Zamjeng.

Wednesday, December 2, 2009

Kasih Patani

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Dan darah bapaku
Dan maruah ibuku
Bunyian gong dipalu
Berorkestrakan tarian peluru
Dikir yang diazankan algojo
Lagu kebangsaan yang ku cintai
Tidak sanggup ku tempuhi lagi
Lari
Tidak ku pandang ke belakang
Pantas
Tanpa menghiraukan sekeliling
Hiba
Sehingga tangisku luput dimakan masa
Sehingga aku menyusukan kasih kafein
Apatah teman sendiri lagi berkira
Mahu!
Aku hendak lagi
Nusantara gigilan jejak kakiku
Di bawah payung kuning makhluk asing
Nikmat takhlisan
101 jam bersama mu
Kau restui roh hina
Apakah maksud di sebalik?
Hebat
Bukan aku
Kasih kafein
Apakah istimewanya aku?
Gentar
Dari jauh ku dengar
Paluan gong didendangkan lagi
Kini bukan askar algojo
Tetapi dari pejuang
Prebet yang sanggup berjuang
Tersenyum
Membunuh hiba yang tak lapuk dek zaman