Thursday, August 16, 2012

Kasut Tumit Tinggi

Sepasang kasut bertumit tinggi
Menemani ke mana sahaja kau pergi
Dari sangkar emas ke rumah syaitan
Melindung dari penyakit dan kebahayaan

Kau dibimbing dan diberi keyakinan
Dan juga keselesaan
Hatiku gembira tidak terperi
Kerana ku tahu tanpaku hidup ini tidak mampu kau jalani

Sungguh ku gembira bila bersama
Kita harungi basah dan panas berdua
Ku harap kau tahu ku sanggup lalui segala halangan
Kalau akhirnya jodoh kita dalam genggaman

Luka lama masih terasa
Janji padamu janji kota
Luka yang kau terima ku sambut dengan tabah
Hingga suatu hari kau buat hatiku rebah

Jiwa lusuh ditelan hari
Impian kayangan memakan diri
Tidak ku sedar tujuan ku melindungi
Hanya untuk diperguna dan disakiti

Seperti pelangi petang yang kan menghilang
Menjelma malam bersama bintang
Begitu mudah sepasang sepatu diganti
Untuk hanya kepentingan kau sendiri