Saturday, November 21, 2009

Realiti yang tiada.

Tembok-tembok tinggi teguh berdiri
terbina teguh dari bata bahagia
hasil dari lebihan galak gembiramu
terus menghalang aku menuju bahagia.

Masakan bisa aku panjat penghadang itu
aku penat berenang dalam tangisan
rindu ini tetap memijak kepalaku
agar terus lemas dalam lautan duka.

Telah ku tanya apa harap dan impimu
kita berdua tidak bertemu jawabmu
jika ku tanya apakah sesal hidupmu
kita dua bertemu jawabmu.

Mungkin aku hanya setitik susu
Setitik susu yang tumpah di lautan nila
hanya satu kisah indah dalam diarimu
telah kau bakar setelah jumpa bahagia.

Aku kira air mata ku yang berguguran
adalah dakwat merah di dalam pena
menulis melodi dan irama indah si dia
yang terus berkumandang di arkib hatimu

Aku mahu terus tidur dalam luka ini
terus memohon agar dapat bermimpi
perlukah aku bersyukur dengan mimpi itu
walaupun ia nyata realiti yang tiada.

Zamjeng.

Friday, November 20, 2009

Gadis Berbaju Biru



Foto usang milik Mori
Akan tetap menjadi tatu di hatiku
Dalam darahku mengalir nafasmu
Zarah-zarahku masih berbau senyummu

Lambaian tanganmu penuh gemilang
Ikatan rapi urat hitammu
Nadi alunan musik gandaran angin
Akan seperti emas baru disepuh

Cemburu aku akan teman rapatmu
Khalma dan Serena sentiasa menemanimu
Sahaja aku bersama si handai
Pinjam dan pulang pusaka ternilai

Jangan kau tipu diriku lagi
Masa bukan ibarat emas
Diri yang penuh impian
Suntuk dibelenggu harapan, seksaan kuno

Pusaka kurniaan kau sering menghantui
Aku sudah tidak berkemampuan
Cukuplah setakat ini
Menjinjing beban emas antik

Rela aku maju
Aku sudah tidak berkemampuan
Dadah yang cuba aku henti
Akhirnya kini memakan diri

Tuesday, November 17, 2009

Janji Temu Terakhir


Sunyinya malam ini
Diadun suasana ngeri
Tiada siapa di sini
Cuma aku seorang diri

Sejuknya pagi ini
Salji turun mengotori bumi
Gigilku masih tidak berhenti
Tetapi bukan angkara salji

Panasnya hari ini
Cemburu aku melihat mereka
Hidup riang seperti merpati
Gigilku masih belum berhenti

Masa bertemu hampir sudah
Hati gentar otakku bercelaru
Yang ku idam bukan air ludah
Hanya sedikit pintal senyummu

Masa bertemu habis sudah
Peluang terakhir telah ku siakan
Aku hanya boleh berkhayal
Mendapat sedikit pintal senyummu

Monday, November 16, 2009

Siapa bunuh Pesot.

Mengapa kau menghempas lampu kaca itu
jika kau tahu ianya amat rapuh
adakah ia terlepas dari genggam jari mu
adakah kau benci akan sinar terangnya.

Tidak mahu?
matikan saja suiz di dinding
putuskan saja wayar di balik sembunyi
mungkin kau gembira melihat kilauan kaca.

Sinaran kaca itu ku akui indah
tapi kita semua sudah tertipu
ia bukan indah permata biru
terguris memakan diri tusukan ciptaan mu.

Tidak perlu kau hantar bicara kosong
aturlah sedikit klosa kata dibibirmu
mengaku saja tuju dan niat asalmu
jika kau mahu dia terus peduli.

Silap hari dia akan mati membawa diri
sudah pasti bukan aku yang membunuhnya
jika bukan kau yang membunuhnya
siapakah yang bunuh Pesot.

Zamjeng.

Puisi untuk sahabat.

Ku lihat dunia yang terbentang luas
sayup mata tiada hujung pandangan
resah dan keliru menjamu hatiku
dongengan dunia berpusing diribaku
bohongan yang tidak kau terima lagi.

Kau mesti mahu pergi
menggali isi kandungan bumi ini
melayar laut biru timur dan barat
tidak mahu ku patahkan sayapmu
jika pun ku mahu pasti tiada daya.

Aku hanya takut hilang seri indahmu
indah menyinar mampu menawar duka
mampukah kau hidup tanpa hangat hatimu
adakah ku kan beku menahan kesejukan ini
Qada dan Qadar pasti terjadi.

Dalam berat aku redha
jika paruh mu tercalar ku kan gilap kembali
jika suara mu tersumbang ku kata kau ada selsema
cerita buruk mu akan ku karang panjang
menjadi nyanyian indah si pujangga pada sang puteri.

Gantunglah dunia dihujung jarimu
tongkatlah langit dengan tanganmu
payunglah bumi dengan lindunganmu
agar mereka dapat sama merasa
nikmat yang ku kecapi bersamamu.

Pergilah berlari mencari gemilang
jika kau jatuh dan terluka
janganlah kau lupa di sini ada insan
insan yang pernah merawat lukamu
dan akan terus menawar lukamu dengan darahnya.

Zamjeng.

Sunday, November 8, 2009

Perasaan Misteri.

Sukar untuk aku mendefinisi
kalau lah ia adalah makanan
sudah tentu ia dipanggil hempedu
kalau lah ia minuman
sudah tentu ia adalah cuka menghakis.

Sepanjang malam kulihat ketakutan
melihat harapan dan mimpi indah
akan hilang umpama debuan jalanan
sebelah mata tertutup sudah kukira lena
bertanya bilakah akan muncul siang.

Apabila muncul siang
ku jemput kembali malam yang hitam
kerana tidak sanggup melihati cahaya
terang umpama senyuman wajahmu
tikaman yang tajam di hati yang berdarah

Dibawa arus masa rasa itu hilang
aku mampu tersenyum ke pipi
aku mampu tidur lena
aku mampu menikmati kehangatan angin
aku mampu menghidu wangian bungaan.

Setelah itu aku sering bertanya
di mana pergi kegelapan itu
mungkin kah kerana merindui
perasaan misteri yang lama melekat dijiwaku
satu masa dahulu adalah teman tidurku.

Adakah kerana bosan dengan gembira
perlukah aku mengundang lagi
kembali bersatu dengan perasaan misteri
aku tahu aku tidak mahu
tetapi kerana rindu sangguhkah ku menderita kembali?

Zamjeng.