membuang tenaga menyerak suara,
kata-kata keji mengurus puasa,
bagai anjing mengejar lebah,
sakit disengat membalas tiada.
Kau kalah lagi,
berlari tanpa arah tuju,
kedepan tidak kebelakang tidak,
kekiri mustahil kekanan mustahil,
bagai Liverpool tanpa Alonso.
Kau kalah lagi,
Di mana salahmu,
adakah keranamu 11 perajurit,
adakah salah insan bergelar Tuhan.
Jangan disalahkan padang yang rata.
Kau kalah lagi,
marah atau simpati,
benci atau sayang,
kau ganggu minggu indahku,
ahh mahu saja kuletup tetikus kecilku.
Keringatmu Roman kami rindui,
kembalilah menjadi penyelamat bangsa,
agar menjadi kegerunan sejagat,
hapuskan egomu hilangkan malumu,
demi warna yang kita cintai,
biru jalur putih.
Zamjeng.
4 comments:
Bijak-bijak haha bila keluaran terbaru? Esokkah?
tunggu kekecewaan muncul kembali lagi dalam diri saya.
hahah penuh puisi ..thumbs up tu abe je
thanks Mr Pinks. hahahhah terima kasih atas dorongan abg Donnie.
Post a Comment