Sekali setahun
Lahir tanpa disambut
Seorang insan yang mulia
Seorang insan yang bernama Ramadan
Siangmu dipenuhi kasturi
Malangnya bercampur air kencing
Malammu penuh cahaya
Malangnya bukan cahaya keimanan
Kenapa?
Kerana Tuhan
Atau kerana kawan
Janganlah engkau berpura-pura
Gelisah
Dimaki dicaci
Kau masih disini
Kau adalah suatu lecehan
Datang merangkak Syawal
Diiringi bersama ombak berapi
Apakah engkau merasa amat gembira
Jika dapat menunaikan fardhu nafsumu semula
Janganlah kau bersedih
Manusia sememangnya begini
Pemergianmu takkan dikenang
Kedatanganmu tidak diundang
Janganlah kau kecewa
Temujanji kita seterusnya
Aku akan berubah
Tipu aku kepadamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
aww man..lagendary..sedih ade..lucu ade..deep ade...the best so far lol
lol thnx. Let me guess, lucu is 'lecehan'?
fardhu nafsu mu? legend!!!!
legend punggungku!!
berjam aku fikir, mecari idea melawan puisi terkini mu.... Aku gagal.
Terima kasih... tak hebat mana pun karya aku ni :D
makin bermakna pulak puisi ni lepas raya baca lol
especially rangkap terakhir lol
Glad u like it :D Selalu buli adik la tu masa Ramadan lol
Post a Comment