kulihat pengemis jalanan
menadah tangan dalam terik sinar
akhirnya jatuh sedikit syiling
untuk santapan hari itu
gembiranya dia tiada jangka.
kulihat jejaka itu
teguh memegang tetikus
setia menanti satu sapaan kasih
akhirnya muncul sembah salam
gembiranya dia tiada terperi.
kulihat pasangan itu
si gadis keluar dari bilik hina
si lelaki sabar menunggu
apakah keputusan kencingan itu
gembiranya mereka mengalir air mata
kulihat si kaya itu
minum air di gelas emas
dia mengeluh meminta gula
ucapan sinis tidak terhenti
gembiranya dia sekadar sahaja.
kulihat si ibu itu
melihat anak tidur yang lena
berkerja jaga menongkat mata
dapat membunuh nyamuk durjana
gembiranya dia tiada terkata.
kulihat si tua itu
membaca berita perang dunia
melihat tumpah darah yahudi
nyawa hilang bagai bangkai
gembiranya dia senyum kepipi.
kulihat kanak-kanak itu
berlari-lari dalam hujan
melompat-lompat mengegar suasana
lahir dengki di dalam hatiku
gembiranya mereka tanpa bermodal.
semua orang mampu bergembira
banyak bersyukur apa yang ada
banyak bersabar apa yang tiada
gembira sesiapa sama rasanya
cumanya di mana ku mencari kurnia.
Zamjeng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ku baca, ku kunyah, ku telan, ku sendawa, ku gembira kekenyangan, ku hendak lagi.
oh 2 pembaca setiaku!!!
Post a Comment