Sudah haus tanganku
Melayan pena kosong
Pena kosong yang menari-nari
Ligat bagai pari-pari di pondok salsa
Walau dakwat tidak setitik
Tumpah dihelaian putih bergaris lintang
Titipan kosong muncul tiba
Mustahil dibaca siapa-siapa
Sudah segudang tembakau ku bakar
Hingga kabus melangkari ribut
Aroma raihan mengundang lesu
Titisan darah muncul di mata
Mananya timbul utusan berita
yang tiba hanyalah lamunan
Menipu mendongeng otakku yang kosong
Bahawa masih ada ilham dan bicara
Bukan gemilang kuhajati
Bukan permata kuimpi
Bukan karya agung yang ku peduli
Aku hanya mahu sebuah puisi
Sebuah puisi umpama lampu kaca
Agar dapat kau lihat ianya bukti
Bukti suci cintaku padamu
Ya, Bukti suci cintaku padamu
Pinjam lah saja mindaku
Pakai lah saja mataku
Mandikan lah saja tubuhku
tidurlah saja di atas bantalku
Oh alangkan indah dunia ini
Bila dirimu menjadi diriku
Barulah kau mengerti
Apa yang kulihat kufikir dan kurasa
Dan tidak perlu untukku
Menyeksa diri lagi
Untuk membuat sebuah puisi
Kerana kau telah tahu.
Zamjeng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Damn. Takde puisi lagi ke lepas ni? Puisi demo super hebat nate. Malu kawe.
siapalah kawe nak lawan penulis whai insan mulia.
Bakpo la nak lawan-lawan puisi. Tulis jah utk mengeluarkan isi hati.
good point. hahahahha
omg..merendah diri dlm puisi..po
iniesta selaku pemain bola ko je?
pinks, dlm dunia bola sepak meme kawe hebat dan rendah diri mcm iniesta. hahahhaha
Tapi dalam dunia puisi meme kawe tok leh lawan penulis wahai insan mulia.
Ukkk benci aku.
Post a Comment