Friday, November 20, 2009

Gadis Berbaju Biru



Foto usang milik Mori
Akan tetap menjadi tatu di hatiku
Dalam darahku mengalir nafasmu
Zarah-zarahku masih berbau senyummu

Lambaian tanganmu penuh gemilang
Ikatan rapi urat hitammu
Nadi alunan musik gandaran angin
Akan seperti emas baru disepuh

Cemburu aku akan teman rapatmu
Khalma dan Serena sentiasa menemanimu
Sahaja aku bersama si handai
Pinjam dan pulang pusaka ternilai

Jangan kau tipu diriku lagi
Masa bukan ibarat emas
Diri yang penuh impian
Suntuk dibelenggu harapan, seksaan kuno

Pusaka kurniaan kau sering menghantui
Aku sudah tidak berkemampuan
Cukuplah setakat ini
Menjinjing beban emas antik

Rela aku maju
Aku sudah tidak berkemampuan
Dadah yang cuba aku henti
Akhirnya kini memakan diri

2 comments:

Zamjeng. said...

wtf dong? Kamu selalu menjadikan saya nampak buruk.
Walaubagaimana pun satu kerja yang bagus. syabas kerana mengunakan bahasa yang saya was-was tentang kewujudannya. Teruskan usaha kita memartabatkan bahasa melayu. Ingat Dong kita ada misi.

Donnie said...

:P