Sukar untuk aku mendefinisi
kalau lah ia adalah makanan
sudah tentu ia dipanggil hempedu
kalau lah ia minuman
sudah tentu ia adalah cuka menghakis.
Sepanjang malam kulihat ketakutan
melihat harapan dan mimpi indah
akan hilang umpama debuan jalanan
sebelah mata tertutup sudah kukira lena
bertanya bilakah akan muncul siang.
Apabila muncul siang
ku jemput kembali malam yang hitam
kerana tidak sanggup melihati cahaya
terang umpama senyuman wajahmu
tikaman yang tajam di hati yang berdarah
Dibawa arus masa rasa itu hilang
aku mampu tersenyum ke pipi
aku mampu tidur lena
aku mampu menikmati kehangatan angin
aku mampu menghidu wangian bungaan.
Setelah itu aku sering bertanya
di mana pergi kegelapan itu
mungkin kah kerana merindui
perasaan misteri yang lama melekat dijiwaku
satu masa dahulu adalah teman tidurku.
Adakah kerana bosan dengan gembira
perlukah aku mengundang lagi
kembali bersatu dengan perasaan misteri
aku tahu aku tidak mahu
tetapi kerana rindu sangguhkah ku menderita kembali?
Zamjeng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
deep..
adakah puisi kali ini
bersumber kan inspirasi..
oleh zoey yg moody?
lol
Kerana movie itu, luka lama berdarah kembali. hahahahhaahhah
Haha jiwo nate nih. Set-set ni berjiwo tak kongsi ngan member siot.
Bagaikan kanak-kanak keriangan
Mainan baru dibeli ibu
Riang lama dibuang ke longkang
Inilah akhirnya nasibku
hukk Donnie stae malas berpuisi.
Belum masanya lagi :P Bizi kerja
Post a Comment