Ku lihat dunia yang terbentang luas
sayup mata tiada hujung pandangan
resah dan keliru menjamu hatiku
dongengan dunia berpusing diribaku
bohongan yang tidak kau terima lagi.
Kau mesti mahu pergi
menggali isi kandungan bumi ini
melayar laut biru timur dan barat
tidak mahu ku patahkan sayapmu
jika pun ku mahu pasti tiada daya.
Aku hanya takut hilang seri indahmu
indah menyinar mampu menawar duka
mampukah kau hidup tanpa hangat hatimu
adakah ku kan beku menahan kesejukan ini
Qada dan Qadar pasti terjadi.
Dalam berat aku redha
jika paruh mu tercalar ku kan gilap kembali
jika suara mu tersumbang ku kata kau ada selsema
cerita buruk mu akan ku karang panjang
menjadi nyanyian indah si pujangga pada sang puteri.
Gantunglah dunia dihujung jarimu
tongkatlah langit dengan tanganmu
payunglah bumi dengan lindunganmu
agar mereka dapat sama merasa
nikmat yang ku kecapi bersamamu.
Pergilah berlari mencari gemilang
jika kau jatuh dan terluka
janganlah kau lupa di sini ada insan
insan yang pernah merawat lukamu
dan akan terus menawar lukamu dengan darahnya.
Zamjeng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
omg yg ni fight sket dgn maafkan aku insan mulia..tp insan lebih sket..niceone je..zamjeng masterpiece lol
lol Nice one Je.
Demo lambat Je... Kalau awal sikit kawe dah datang semalam. Haha ni bukan main hati hahahahah.
pinks: dengar pasal puisi insan mulia pasti kawe rasa nak give up berpuisi.
Dong: duk nice one jah tok jadi. Tulis lah retek puisi. tajuk nice one pon jadi lah.
Pastu cadangan kawe supaya simple kan sket lah url blog tu. susah nak taip, sebut dan eja. Nak lagi kemas bagi nampak bahasa indah sket.
Pasal trip bremen tu, kawe tok se discuss langsung. Kapish. hahahahhahh
Haa dah tuka kasi indah url kita. Haha kawe nak tulis tapi idea tak naik kepala so kalau rush susah nak lawan Insan Mulia. Kang aku buat korang kata tak boleh lawan Insan la itu la inila :P
aku pun tak mampu melwan insan mulia, tapi aku tetap menulis. Ingat Dong, kita ada misi.
Post a Comment