Saturday, November 21, 2009

Realiti yang tiada.

Tembok-tembok tinggi teguh berdiri
terbina teguh dari bata bahagia
hasil dari lebihan galak gembiramu
terus menghalang aku menuju bahagia.

Masakan bisa aku panjat penghadang itu
aku penat berenang dalam tangisan
rindu ini tetap memijak kepalaku
agar terus lemas dalam lautan duka.

Telah ku tanya apa harap dan impimu
kita berdua tidak bertemu jawabmu
jika ku tanya apakah sesal hidupmu
kita dua bertemu jawabmu.

Mungkin aku hanya setitik susu
Setitik susu yang tumpah di lautan nila
hanya satu kisah indah dalam diarimu
telah kau bakar setelah jumpa bahagia.

Aku kira air mata ku yang berguguran
adalah dakwat merah di dalam pena
menulis melodi dan irama indah si dia
yang terus berkumandang di arkib hatimu

Aku mahu terus tidur dalam luka ini
terus memohon agar dapat bermimpi
perlukah aku bersyukur dengan mimpi itu
walaupun ia nyata realiti yang tiada.

Zamjeng.

2 comments:

hilmi zulkifli said...

omg zamjeng..puisi utk dreamer like us huh??????LOOOOLLLLLLLL

Donnie said...

Apa yang dapat aku analisis: Puisi pasal seorang lelaki yang mengimpikan kehidupan bersama gadis tetapi cintanya ditolak. Mereka tidak bersefahaman, bukan mereka tetapi gadis itu :P