Tanah tumpahnya darahku
Dan darah bapaku
Dan maruah ibuku
Bunyian gong dipalu
Berorkestrakan tarian peluru
Dikir yang diazankan algojo
Lagu kebangsaan yang ku cintai
Tidak sanggup ku tempuhi lagi
Lari
Tidak ku pandang ke belakang
Pantas
Tanpa menghiraukan sekeliling
Hiba
Sehingga tangisku luput dimakan masa
Sehingga aku menyusukan kasih kafein
Apatah teman sendiri lagi berkira
Mahu!
Aku hendak lagi
Nusantara gigilan jejak kakiku
Di bawah payung kuning makhluk asing
Nikmat takhlisan
101 jam bersama mu
Kau restui roh hina
Apakah maksud di sebalik?
Hebat
Bukan aku
Kasih kafein
Apakah istimewanya aku?
Gentar
Dari jauh ku dengar
Paluan gong didendangkan lagi
Kini bukan askar algojo
Tetapi dari pejuang
Prebet yang sanggup berjuang
Tersenyum
Membunuh hiba yang tak lapuk dek zaman
3 comments:
ada sesuatu di balik puisi ni. Akan terus ku kaji dan baca sehingga ku tangkap isinya.
lol dong merindui kak lah n family n n berdikir sambil minum kopi..sambil teringat?
...sambil teringat apa?
Post a Comment