Monday, July 5, 2010

Manis Garam

Seperti rangkaian algebra
Masa yang mengiringiku
Teman sehidup bersama
Bersama mahupun matiku

Jangan kau pergi pasangan hidupku
Menemaniku sejak debaran pertama
Jangan kau bosan pasangan hidupku
Ku perlukan kau setiap masa

Teman yang ku anggap teman
Kini lama meninggalkan ku
Menikmati kehidupan di taman-taman
Kini bersama teman yang baru

Kekasih lama ku masih hinggap di jendela
Menangguk air menunggu mati
Bermimpikan indah pulang ke syurga
Bertemankan diri bersama bidadari

Kemana ku selepas ini
Telah berbukit garam ku guna
Kemasinan hidup dan mimpi ngeri
Seperti purdah yang menyelimuti muka

Sudah cukup aku berjuang
Seluruh anggota telah luka
Ku ingin sama pulang
Merasa gula dan bukan duka

Wahai kekasihku
Sudah ku pateri kau di hatiku
Jangan kau risau
Akan ku sayangi kau sehingga akhir hayatku

Wahai kekasihku
Jangan kau bosan menemani
Ku perlukan sekejap detikmu
Sebelum ku terhempas ke jurang api

No comments: